Tuesday, February 8, 2011

Raja Mahadi menewaskan Raja Abdullah di Kelang

Pertempuran ini bermula dengan kegagalan Raja Abdullah untuk menangani pertikaian yang timbul diantara pengikut Tok Bandar Yasih, wakil Raja Abdullah di Kuala Lumpur, dengan masyarakat Batu Bara di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Mohamed Akib. Mohamed Akib yang tidak berpuashati dengan Raja Abdullah telah meminta Raja Mahadi memimpin kumpulan untuk menentang Raja Abdullah. Pada bulan Mac 1867, Raja Mahadi telah berjaya menewaskan Raja Abdullah. Raja Abdullah telah cuba untuk menawan semula Kelang tetapi tidak berjaya.[2]
Setelah menguasai Kelang, Raja Mahadi telah menghentikan bayaran $500 kepada Sultan Abdul Samad sepertimana yang biasa dilakukan oleh Raja Abdullah. Ini telah menyebabkan Sultan Abdul Samad memutuskan pertunanagan Raja Mahadi dengan puteri baginda, Raja Arfah[3].

[sunting] Peperangan dan Tengku Kudin

Tidak lama selepas peperangan bermula pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad telah mengkahwinkan puteri baginda, Raja Arfah, dengan Tengku Kudin yang berasal dari Kedah. Sultan Abdul Samad juga telah melantik Tengku Kudin sebagai pentadbir daerah Langat[4]. Tengku Kudin telah cuba untuk menjadi pendamai. Walau bagaimanapun, usaha Tengku Kudin ditolak oleh Raja Mahdi. Tengku Kudin tersinggung lalu memilih untuk membantu Raja Ismail, anak Raja Abdullah yang memimpin kumpulan menentang Raja Mahadi setelah Raja Abdullah meninggal dunia[5].
Pada bulan Ogos 1869, Raja Ismail memimpin pasukan seramai 100 orang telah menyerang Kelang dan menawan kota di hilir Sungai Kelang. Ini telah memulakan sekatan terhadap Kelang yang berlarutan sehingga 6 bulan. Tidak lama kemudian pasukan Raja Ismail telah mendapat bantuan daripada 500 orang Kedah yang telah dibawa oleh Tengku Kudin. Ini telah memberi Raja Ismail kelebihan dan menyebabkan Raja Mahadi berundur daripada Kelang pada bulan Mac 1870[6].
Pada tahun 1872, dengan bantuan bendahara Pahang, segerombolan tentera Pahang turun ke Selangor dan sekaligus, mengalahkan pihak Raja Mahdi.
Kemenangan Tengku Kudin tidak disenangi oleh keluarga diraja Selangor. Keengganan tentera Pahang untuk pulang serta tindakan orang Pahang memungut cukai sebagai pampasan atau upah perkhidmatan daripada Kelang telah memburukkan nama Tengku Kudin di mata sultan Selangor. Melihat dan memahami keadaan ini, Andrew Clarke terpaksa menghentikan rancangan British untuk mempengaruhi sultan Selangor untuk sementara.

No comments:

Post a Comment