Wednesday, January 19, 2011

Nota Sejarah T.5 Bab 1

Nota Sejarah Tingkatan 5 - Bab 1

1.1             Imperialisme di Asia Tenggara
1.   Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentintgan tertentu.

1.1.1   Imperialis Barat
1.   Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa barat menguasai wilayah-wilayah Amerika Latin, Afrika dan Asia.
2.   Di Asia Tenggara antara negara-negara Barat yang terlibat dalam imperialismeialah Portugal (Melaka), Sepanyol (Filipina), Belanda (Indonesia), Britain (), dan Amerika Syarikat.

1.1.2   Faktor-faktor Imperialisme Barat Di Asia Tenggara
1.   Bekalan bahan mentah diperlukan secara konsisten untuk membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran.
2.   Perkembangan sistem pengangkutan dan pehubungan seperti penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan perjalanan dengan cepat dan muatan yang lebih besar. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekan jarak antara Barat dan Timur. Penciptaan Telegraf membolehkan kuasa-kuasa imperialis memberikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan.
3.   Persaingan antara kuasa-kuasa Barat bagi membuktikan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut apabila semakin bayak negara jajahan yang ditakluk.
4.   Menggunakan slogan beban orang putihuntuk menyatakan bahawa mereka lebih maju dan bertamadun.
5.   Perkembangan Revolusi Perindustrian, dan pencapaian dalam bidang sains dan teknologi mendahului negara-negara lain. Perkembangan ini telah meningkatkan keyakinan orang Barat untuk melakukan apa sahaja demi kebaian mereka.

1.2      Perubahan Sistem Politik
1.   Sebelum Kedatangan imperialis Barat, negara-negara di Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
2.   Bagi imperialis Barat, mereka perlu menguasai sistem politik untuk menguasai ekonomi negara jajahan bagi mencapai matlmat utama mereka.

1.2.1     Pengenalan Sistem Sirokrasi Barat
1.   Ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat yang Diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara.
●    Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan silayah-wilayah di tanah jajahan.
●    Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.
●    Perlaksanaan pentadbiran melalui biro.
●    Perlantikan ketua barat sebagai ketua biro.
●    Pengenalan undang-undang barat.

Filipina
1.   Terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali sebagai barangay yang diperintah oleh golongan datu.
2.   Diselatan kepulauan Filipina terdapat kerajaan-kerajaan Isla.
3.   Apabila Sepanyol menguasai Filipina, mereka kemudiannya memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dengan struktur pemerintahan berikut:

Gabenor Kecil
(Pentadbir bandar)

Gabenor Jeneral
(pemerintah tertinggi peringkat pusat)

Ketua Datuk Bandat
(pentadbir wilayah)

4.   Pentadbiran pada peringkat tempatan pula dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda yang diketuai oleh Encomiendo dan dibantu oleh Encominda (barangay-barangay yang digabungkan)
5.   Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan terhadap sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu.

Indonesia
1.   Terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Maratam dan kerajaan Bantam di Jawa.
2.   Setiap kerajaan tersebut diterjui oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar.
3.   Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah aatu bupati (di Jawa).
4.   Setelah Belanda menguasai Indonesia, mereka telah membahagikan pemerintahan Indonesia kepada dua:
●    Pentadbiran Pusat
●    Pentadbiran Tempatan.
5.    Perubahan yang diperkenalkan oleh kuasa Barat dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia.
Ciri-ciri
 Perubahan

Pentadbiran Pusat
 Diketuai oleh Gabenor Jeneral

Pentadbiran Tempatan 
 Dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.

Penubuhan Jabatan Kerajaan
 Antaranya Jabatan Pejalajaran dan Pertanian.

Penubuhan Dewan Tempatan
 Sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.

Penubuhan Volsraad
 Merupakan Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan. Penubuhannya akibat desakan Sakerat Islam.

 
Burma
1.   Burma telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja dibawah Dinasti Konbaung. Struktur pemerintahannya seperti di bawah;

Raja
Wun
(Pegawai tinggi kerajaan)

Hluttaw
(Majlis diraja)
Myothugyi
(Ketua Bandar)

Ahmudan
(Pegawai diraja)

Athi
(Pembesar-pembesar tradisional)
2.   Kemenangan British dalam Perang Inggeris-Burma III membolehkan British menguasai seluruh Burma dan menghapuskan Dinasti Konboung.
3.   Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma.
4.   Sistem pentadbiran tempatan diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran) dan sistem undang-undang Barat diperkenalkan.
5.   Pengaruh golongan agama merosot berikutan fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat.
6.   Beberapa jenis jabatan seperti jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan kesihatan telah ditubuhkan.

IndoChina
1.   Pada awalnya negeri-negeri di IndoChina ditadbir oleh yang mempunyai kuasa mutlak yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan tempatan.
2.   Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin. Golongan ini dipilih melalui peperiksaan Bahasa dan kesusasteraan China.
3.   Selepas dikuasai oleh Perancis, pentadbiran di IndoChina diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris.
4.    Perancis juga membentuk sebuah kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise. Semua undang undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis.
5.   Pentadbiran pemerintahan tempatan didak diganggu oleh pentadbiran pusat tetapi perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.

Melaka
1.             Pada awalnya Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan menjadi ikutan kebanyakan negeri Melayu.
2.             Semasa Pemerinthan Belanda, insitusi raja di Melaka di runtuhkan.
3.             Kemudian semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah digabungkan untuk menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS)
4.             Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) iaitu Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, British telah memperkenalkan Sistem Residen.
5.             Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu  (NNMTB) iaitu terdiri daripada Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor, British memperkenalkan Sistem Penasihat.
6.             Residen dan Penasihat diletakkan di bawah Gabenor NNS.
7.             Tugas utama residen untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu.
8.             British juga telah menjalankan pelbagai perubahan
9.             

SEJARAH TINGKATAN 1

http://sejarahtingkatansatu.blogspot.com/

Tuesday, January 18, 2011

GURU-GURU PENASIHAT PERSATUAN SEJARAH SMKDDS 2011

Add caption

KETUA GURU PENASIHAT
EN.MOHD RUSLI BIN MOHD LASIM
EN.HASHIM CHE LAH





EN.RAHMAD RASHID











USTZ.RODZIAH BT HAMID



SENARAI  NAMA JAWATANKUASA




PENGERUSI
MUHAMMAD FAKHRUR RAZI






PENOLONG PENGERUSI
AHMAD KAMAL B. MOHD NASIR


SETIAUSAHA
RABIATUL ADAWIAH




 BENDAHARI
MUHD HAFIZI

Sunday, January 16, 2011

MANUSIA ZAMAN LOGAM

Maklumat tambahan Zaman Logam

Zaman Logam di Malaysia

Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam.Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.

Pada zaman ini manusia telah mencipta alat gangsa dan besi.

Ciri-ciri Penempatan

  • Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.
  • Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai dan ada yang masih tinggal di dalam gua.
    Pada masa ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.
Kegiatan dan Peralatan
  • Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.
  • Mereka juga bercucuk tanam , menangkap ikan , berburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar barang.
  • Di antara alat-alat yang digunakan ialah kapak, sabit, pisau, dan mata lembing.
  • Mereka juga menggunakan tulang mawas sebagai salah satu daripada alat yang mereka gunakan.

Kepercayaan
  • Pada Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.
  • Mereka turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.

Lokasi Di Malaysia

Sungai Tembeling, Pahang
Gua Harimau, Perak
Changkat Menteri, Perak
Lembah Bernam, Selangor

MANUSIA ZAMAN NEOLITIK

Nota Sejarah Tamadun Dunia

Zaman Neolitik Dan Ciri-cirinya :


Pengenalan

Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar. Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho, Lembangan Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya.

Ciri-ciri :
Tempat Tinggal

Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti yang menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu yang ditinggalkan oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati rumah ini disambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjaga keselamatan.

Cara Hidup

Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungi kampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar. Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah mereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh binatang dan serangga perosak.

Kegiatan Harian

Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Selain daripada bercucuk tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan. Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar.

Peralatan

Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti kapak, beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk memburu, memotong dan bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang pertanian seperti bajak, tajak atau cangkul juga diperbuat daripada granit juga dicipta. Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu masyarakat ini menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga pandai menganyam bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin, mengangkap ikan dan memburu binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga pandai membuat alat tembikar daripada tanih yang dikeringkan. Alat tembikar ini digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Hasil tembikar ini menjadi lebih bermutu apabila roda ceper digunakan.

Kepercayaan

Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain itu, mereka juga percaya bahawa semangat atau tuhan mengawal alam semesta. Sebab itulah mereka cuba memuja semangat yang mengawal alam semesta seperti banjir dan kemarau yang dianggap pemusnah pertanian. Masyarakat Neolitik juga mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju dripada masyarakat sebelum ini. Contohnya, upacara pengebumian dan sebagainya.

Pakaian

Masyarakat Neolitik mula menenun kain daripada bulu binatang dan gentian-gentian tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Kini, mereke telah mula berpakaian kain dan jarang sekali mereka berpakaian kulit binatang. Mereka mendapati pakaian yang dibuat daripada kain adalah lebih selesa jika dipakai. Selain itu, berpakaian kain juga dapat menunjukkan bahawa mereka ini lebih tinggi tamadunnya kalau dibandingkan dengan orang yang berpakaian kulit binatang.

Aktiviti Perdagangan

Sejak Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun mula dijalankan. Perdagangan dijalankan di antara kampung-kampung. Mereka saling menukar barang yang dikehendaki. Sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter. Selain perdagangan antara kampung dijalankan, mereka juga menjalankan aktiviti perdagangan dengan masyarakat yang berhampiran. Pada zaman ini, wang memang langsung tidak digunakan. Sistem yang diamalkan juga menemui pelbagai masalah, contohnya, kehendak yang serentak sukar dicapai di antara satu sama lain, unit ukuran atau kadar pertukaran sukar ditentukan dan sebagainya.

Organisasi Sosial

Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun wujud pada zaman ini. Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan memimpin keluarga ini untuk melakukan aktiviti harian. Daripada kumpulan ketua keluarga ini, seorang akan dipilih untuk memimpin kampung ini. Tanggungjawabnya adalah menyelesaikan pertikaian di antara penduduk kampung dalam pelbagai perkara. Beliau juga dikenali sebagai ketua kampung.

Teknologi Baru

Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat pesat dalam bidang infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali digunakan. Roda telah dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih cepat. Sebagai contoh, roda dipasang di kereta kuda membolehkan kereta kuda berjalan dengan lebih cepat. Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan. Ciptaan kapal layar membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan mudah walaupun dipisah oleh lautan yang luas. Bukti penggunaan kapal layar ialah perjumpaan pelabuhan awal seperti Santubong dan Kuala Selinsing.

Friday, January 14, 2011

MANUSIA ZAMAN PALEOLITIK


  Di Malaysia, zaman Prasejarah dibahagikan kepada tiga iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Kewujudan Zaman Paleolitik di Malaysia telah disahkan melalui pentarikhan saintifik dengan penemuan alat batu di Kota Tampan Lenggong pada tahun 1987. Ini telah meletakkan Malaysia antara negara terawal yang melalui zaman Prasejarah di dunia.  .
 
Selain itu, penemuan rangka manusia Zaman Paleolitik yang dikenali sebagai ‘Perak Man’ di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990 telah mencipta satu sejarah besar zaman Prasejarah dunia. Ini kerana rangka ‘Perak Man’ merupakan penemuan pertama rangka manusia zaman Paleolitik di dunia yang dikebumikan dengan kaki terlipat dan mengalami kecacatan fizikal asal sejak lahir.
  
   
  Rangka manusia istimewa ini telah dikebumikan  bersama-sama alat-alat batu dan 8 spesies haiwan dengan penuh istiadat zaman Paleolitik. Ini membuktikan kepada kita manusia istimewa ‘Perak Man’ ini merupakan orang yang berpengaruh dan mempunyai kedudukan yang tinggi di mata masyarakat pada masa itu.


    
                                                                       PERAK MAN

CIRI-CIRI PENEMPATAN

Hidup berpindah randah
Biasanya tinggal di kawasan terbuka ( di luar gua dan di sekitar tasek)


      
                                   
                                                              

                                                        

 Rangka Perak Man







KEGIATAN DAN PERALATAN

Memburu binatang liar
Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun
mengamalkan cara hidup sara diri
Menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian
Tinggal dalam gua

KEPERCAYAAN

1.Animisme

2.Mengamalkan acara perkuburan

 

Ilustrasi Perak Man

 Kulit siput antara bukti menunjukkan adanya penempatan manusia di Gua Runtuh, Lenggong, Perak 


Peralatan Perak Man

   




    







PKMM DAN ANGKATAN PEMUDA INSAF (API)



Foto Tokoh-tokoh PKMM & API

Gambar ini di ambil di tepi belukar di sebuah kampung, di Sitiawan dalam negeri Perak dalam tahun 1946.
Duduk dari kiri:
Ahmad Boestamam
Ishak Hj. Muhammad
Mahmud Abdul Samad
Ayus Nurdin
Berdiri dari kiri:
Abdullah Ayub
Khalid Wazir
Rahman Rahim
Baharuddin Latif
Dom Madzi Ibrahim


                                                        Artikel dari akhbar Utusan Melayu, 20 Sept 1947

SINGAPURA MENYUSUN BARISAN MEMPERHEBAT GERAKAN ANTI-FEDERATION

Apakah bentuk rupa persidangan dan tindakan sayap kiri Melayu untuk membantah Federation? Banyak orang bertanya soal ini.
Sayap kiri barisan yang menentang Federation tidak akan diam. Umpamanya, Perlembagaan Rakyat yang dirangkaikan oleh PUTERA dan Majlis Bergerak Serentak sudah pun sempurna disusun dan dibentukkan kepada rakyat jelata melalui suratkhabar-suratkhabar di sini.
“Akan kita terangkan perlembagaan kita itu kepada rakyat jelata di segenap pelusuk negeri ini. Ini baharu sahaja usaha yang akan kita jalankan dan tak akan ini sahaja usaha kita itu akan terbatas. Tidak saudara-saudara.”
Demikianlah bunyi kenyataan Parti Kebangsaan Melayu cabang Singapura yang kita terima semalam.
Kenyataan itu lebih lanjut menerangkan:
“Baharu-baharu ini kami telah mengadakankan kongres di Queens Theatre. Kita tidak akan berbangga bahawa kongres kita itu membawa erti langkah baharu kita di masa muka sedang kita susun barisan perjuangan kita di pulau ini sedang kita pergerak tenaga kita di sini sedang kita baharui dan tekad azam kita telah kita perteguh.”
“Tetapi apa yang harus diketahui ialah masa bagi membataskan tindakan-tindakan kita dengan hanya membantah bersurat sahaja ke London telah kita tinggalkan di belakang.”
“Masa di muka ialah masa memperhebat perjuangan dan menjitukan tindakan.”
“Golongan kolot bangsawan Melayu tak lama lagi akan bermaharaja-lela memerintah Malaya di bawah naungan panji-panji Colonialism British.”
“Apakah nasib rakyat jelata ketika itu nanti, sesamalah Federation itu kita gambarkan sekarang, hanya barisan yang padu rakyat jelata di susun dari sekarang maka akan dapat kita tentang Federation yang harus kita hadapi dalam abad Federation nanti.”
“Kita harus bekerja agar supaya Pusat Tenaga Ra’ayat merupakan lambang perjuangan rakyat yang kukuh untuk menentang Colonialism dan kekolotan golongan bangsa kita yang akan memerintah kita kelak.”
“Dasar memecah kemudian memerintah dari Imperialist akan bertambah berat di dalam abad Federation kelak untuk meleburkan barisan kita dan fitnah penipuan yang sejelek-jeleknya akan kita terima dari golongan bangsa kita yang bersubahat dengan Imperialist itu, juga untuk memecahkan perpaduan kita.”
“Tetapi, tindakan-tindakan kita yang jitu dan hebat akan kita hadapkan pada mereka. Bersiaplah saudara-saudara untuk menyusun, mengatur dan melengkapkan persediaan tindakan itu dari sekarang.”
“Di Singapura pada 25 haribulan September hari Ahad ini di Farrer Park kita akan mengadakan satu perjumpaan raksasa untuk membantah Federation.”
“Ini hanya baharu satu sahaja tindakan kita di masa hadapan. Ada banyak lagi yang akan dilancarkan. Ini baharu permulaannya sahaja, saudara-saudara.”
“Datanglah beramai-ramai ke Farrer Park pada pukul 10 pagi 25 haribulan ini untuk menunjukkan perpaduan kita menentang Federation.”
“Sekianlah bagi sementara ini kenyataan kami kepada bangsa Melayu di Singapura.”
“Ingat Federation haram bagi kita dan saudara tidak akan lupakan tarikh 25 haribulan September hari Ahad pukul 10 pagi di Farrer Park nanti” — Parti Kebangsaan Melayu, cabang Singapura.

Sumber: Akhbar Utusan Melayu, 20 Sept 1947

Thursday, January 13, 2011

MAKAM TOKOH-TOKOH SEJARAH TERENGGANU


                                                          Makam Tok Gajah

Nama Tok Gajah yang sebenarnya Iman Rasu Bin Shahrum dan gelarannya ialah Orang Kaya Iman Indera Gajah Pahang. Beliau ialah salah seorang daripada pahlawan-pahlawan Pahang yang terlibat dalam pemberontakan di Negeri Pahang pada tahun 1893-1895. Semasa beliau berumur 56 tahun iaitu tahun 1901, beliau meninggal dunia di Kampung Pasir Nering. Makam beliau terletak kira-kira 8 km dari Bandar Kuala Berang.

                                                         Makam Syarif Muhammad Al-Baghdad

Makam tersebut terletak kira-kira 15 km dari Bandar Kuala Berang, di tebing sebelah kiri mudik ke Empangan Kenyir, berhadapan dengan Batu Belah. Beliau berasal dari Negeri Arab dan dipercayai pendakwah Islam yang awal di Daerah Hulu Terengganu. Beliau juga merupakan moyang kepada Tok Pulau manis (Syeikh Abdul Malek bin Abdullah).


                                                               Makam Rok Raja Ri

Makam ini terletak di Kuala Por kira-kira 2 km dari Bandar Kuala Berang. Beliau berkemungkinan orang yang mengisytiharkan perundangan di Batu Bersurat (Raja Mandalika). Pendapat lain pula menyatakan Tok Raja Ri seorang pendakwah dan pembesar Istana yang datang bersama pergisyhtiharan Batu Bersurat.

PAHLAWAN MAT KILAU

PAHLAWAN MAT KILAU

Dari segi sejarah, Jerantut terkenal dengan pahlawan unggul, Mat Kilau. Nama Jerantut dari cerita orang tua-tua, ada seorang tok batin orang asli yang berpengaruh bernama Tuk. Suatu hari dia menaiki rakit di sungai pahang, tak semena-mena, rakitnya telah melanggar jeram beliau telah mati di situ juga. Jadilah dinamakan tempat jeram tuk dan hasil daripada loghat pahang setempat... Sebutannya menjadi jerantek (dieja jerantut).


LATAR BELAKANG MAT KILAU

Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau. Ibu Mat Kilau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, berasal dari Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.


ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU

Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung, dia diserah mengaji Quran seperti beberapa kanak-kanak lain. Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu. Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud. Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud, barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai ‘Dikir Pahang’. Oleh kerana suaranya merdu, maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang ketika itu.

Ringkasnya, tetabuh, keketuk dan zikir tempurung adalah sistem perhubungan yang mudah tetapi cukup canggih pada zamannya dan diajar menggunakannya. Pahlawan sezamannya dilatih untuk mengetahui peranannya. Musuh yang tidak mengetahui fungsi ketiga-tiga alat itu akan terperangkap. Perkara ini dilakukan secara berkesan oleh semua penglima dan pejuang bangsa Melayu, sama ada menentang penjajahan atau darurat.


Antara mereka ialah Datuk Bahaman (gambar) dan rakannya seperti Mat Kilau, Tok Gajah di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Tok Ku Paloh di Terengganu, Datuk Mahajaralela di Perak, Tok Panglima Garang di Selangor dan ramai lagi di seluruh Tanah Melayu.

Selain itu, tetabuh dan keketuk juga digunakan untuk memberitahu masyarakat mengenai kemasukan waktu solat, berbuka puasa, berhari raya, kematian dan pelbagai lagi.


HOBI MAT KILAU

Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing. Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing, maka dialah yang dijadikan jurumudi, iaitu orang yang memangkah terakhir. Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu atau Burau di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.

Setelah remaja, Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras. Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat, maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.

Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila ‘peran tua’ (ketua berburu) tidak berburu. Mat Kilau dijadikan peran. Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran. Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.


PERKAHWINAN MAT KILAU

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Sejarah tidak banyak mengisahkan tentang anak-anaknya.


ILMU YANG DIPELAJARI

Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.

Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.

Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang. Mat Kilau mendalami banyak ilmu daripadanya.


SIKAP PERIBADI MAT KILAU

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin, maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.

Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bula Oktober, 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau, dengan setiap lapisan masyarakat. Maka Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.

Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani. Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.

Mat Kilau adalah seorang yang tegas maka dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai, tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong, The Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


IMPLAKASI PECAH DAN PERINTAH PENJAJAH

Perbuatan British untuk memecah dan memerintah memang ditentang oleh segelintir raja-raja Melayu. Sebagai kebiasaan, raja Melayu pun menggunakan taktik ‘War by proxy’ seperti menggunakan Dato Maharajalela untuk membunuh Birch. Begitulah juga dengan perjuangan yang dilakukan oleh Mat Kilau, Dato Mat Saman, Orang Kaya Gagap, Orang Kaya Bahaman dan sebagainya. Tetapi, taktik ini amat mudah ditumpaskan kerana inilah taktik yang dicipta oleh British di Afrika dan negara Arab. Yang amat menjadi kehairanan kita ialah bagaimanakah seorang Advisor British boleh menjadi penasihat raja-raja dan mengeluarkan segala bentuk arahan yang diikutkan sahaja oleh raja-raja itu? Kenapakah raja-raja sanggup mengikut perintah seorang ‘advisor’ dan membelakangkan risikan para pegawai istana dan rakyatnya? Apakah ugutan yang digunakan sehingga membolehkan seorang ‘advisor’ memberi ‘arahan’ kepada seorang sultan di negerinya sendiri?



Kuala Semantan, Temerloh, Pahang

Setelah keadaan di Temerloh aman, barulah British menjalankan semula pentadbiran hariannya. British telah mengadakan perubahan sedikit demi sedikit kerana ia menganggap pentadbiran dan pemerintahan tradisional tidak teratur. Pembesar daerah dianggap tidak faham dengan sistem pentadbiran dan pembolotan hasil-hasil daerah dianggap tidak menguntungkan kerajaan. Tujuan British mengambil alih pemerintahan itu bukan untuk kebajikan rakyat tetapi lebih kepada untuk mengeksploitasi ekonomi masyarakat tempatan.

Dalam usaha menjaga jajahan ini, pegawai-pegawai British telah diarah untuk mendapatkan kerjasama penghulu dan ketua kampung. Disamping itu, pegawai-pegawai British ini juga mempunyai satu badan pentadbiran yang tersendiri di jajahan masing-masing. Badan ini terdiri daripada pegawai British (bertindak sebagai penolong pengutip hasil), Ketua Kerani dan pembantu-pembantu lain yang terdiri daripada tiga bangsa utama, Melayu, Cina dan India.

Oleh kerana pegawai British ini terpaksa berbaik-baik dengan Penghulu untuk menjalankan pentadbirannya di peringkat jajahan, peranan Penghulu ketika itu menjadi penting kerana kemajuan dan pembangunan sesebuah mukim bergantung kepada kebolehan penghulu masing-masing. Disamping itu, Penghulu juga mesti mempastikan dasar pemerintahannya dan arahannya diikuti tanpa bantahan, serta melaporkan pandangan anak buahnya kepada kerajaan .

Penghulu yang mentadbir mukim dibantu pula oleh Ketua Kampung-Ketua Kampung yang terdapat di dalam mukimny. Di Jajahan Temerloh, terdapat 15 buah mukim yang terdiri daripada Jenderak, Lipat Kajang, Kerdau, Sanggang, Bangau, Perak, Semantan, Mentakab, Songsang, Lebak, Triang, Bera, Kertau, Chenor dan Bukit Segumpal. Di dalam mukim-mukim ini pula terdapat lebih kurang 68 buah kampung.

Setelah wujudnya pentadbiran British di Temerloh, di dapati telah terbentuk satu sistem birokrasi yang baru. Di dalam struktur yang baru ini, Pegawai Jajahan menduduki puncak hiraki dalam masyarakat. Ia diikuti pula oleh Penghulu dan seterusnya Ketua Kampung. Manakala masyarakat petani pula berada di tahap yang paling bawah dalam sistem birokrasi ini .

Selain daripada pentadbiran kerajaan di Temerloh, terdapat juga beberapa buah parti politik yang begerak di sini seperti PAS, UMNO dan Parti Sosialis tetapi pergerakan parti-parti ini hanya lebih jelas pada tahun 1950an iaitu pada tahun-tahun akhir sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan walau pun kegiatannya amat terhad. Sebelum itu, sekitar tahun 1941, terdapat satu gerakan politik kiri yang bergiat di Temerloh. Malah Temerloh ketika itu menjadi kawasan pergerakan politik yang agak penting. Temerloh telah dijadikan markas pergerakan Parti Kesatuan Melayu Muda Pahang. Yang lebih menarik lagi ialah ketua pergerakan Parti ini ialah Ibrahim Haji Yaakob yang sekaligus ketua PKMM dan beliau dibantu oleh Ishahar, merupakan anak jati Temerloh.


KEMATIAN MISTERI MAT KILAU

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.

The Straits Times dan The Free Press menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober, 1895.

The Free Press pula memberitahu bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau, akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.




Aki Pawang Nong & Aki Mat Kilau antara Pahlawan Terbilang Pahang Darul Makmur.


Melalui sungai Lebir, Mat Kilau anak Dato’ Bahaman yang merupakan diantara pahlawan Melayu yang keras menentang penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu merantau lalu membangunkan sebuah penempatan di pinggir sungai ini untuk mengelakkan diri dari ditangkap bagi meneruskan perjuangan. Di Kg. Lebir terdapat kubur dimana bersemadinya pengikut-pengikut yang bersama-sama dengan Mat Kilau dan Dato’ Bahaman dalam menentang penjajah.

Raja-raja dan penyokong-penyokongnya terperangkap dengan kelicikan British. Dasar menasihat yang tertulis dalam perjanjian itu ditafsirkan oleh British sebagai ‘mesti menerima arahannya’.

W.W. Birch residen Perak, misalnya, pertama telah menggunakan paksaan dan kekerasan untuk menghapuskan sistem hamba abdi dan mengenakan undang-undang cukai baru yang bertentangan dengan kebiasaan hidup dan sistem pentadbiran negeri Melayu. Sultan Abdullah dan pembesarnya menolak peraturan British itu kerana ia satu kawalan ke atas bidang kuasa mereka. Dengan sokongan daripada Raja Ismail dan pembesar lain, Birch telah dibunuh di Sungai Perak. Ini dibalas oleh British dengan bedil dan meriam, pembuangan Sultan Abdullah dan seluruh kaum keluarganya ke Pulau Sycillis dan penggantungan Dato’ Maharaja Lela di depan khalayak ramai.

Dengan itu penguasaan penuh British ke atas seluruh hal ehwal pentadbiran Perak dapat dilaksanakan sepenuhnya, sehingga kuasa dan kedaulatan politik pribumi dimusnahkan; Sultan Perak menjadi sebuah boneka bernyawa. Kemasukan imigran dan modal asing menjadi begitu mudah kerana eksploitasi ekonomi Perak menjadi matlamat penguasaan British; ‘lulus kelindan, luluslah jarum’.

Kelemahan pemerintah Perak itu kemudiannya menjadi alasan untuk pembesar-pembesar Melayu lain yang mementingkan faedah peribadi untuk mengundang British mencampuri urusan negeri mereka. Seperti di Negeri Sembilan, Dato’ Kelana Sg. Ujong menggunakan British untuk membantunya mengalahkan Dato’ Bandar, yang mengutip cukai bijih di Sungai Linggi. Dengan bedilan meriam dan peluru, British menguasai negeri tersebut dengan bantuan pembesar peribumi. Ini diikuti juga oleh Selangor. Soal perebutan kawasan Klang, telah menyebabkan Tengku Kudin (anak raja Kedah) menjadi perantara di antara pihak saudagar Cina dan British untuk mengalahkan penentang mereka, raja Mahadi dan anak-anak Sultan Selangor (antaranya Raja Musa) yang dianggap sebagai lanun.

Tengku Kudin pula bekerjasama rapat dengan Yap Ah Loy untuk meyakinkan British bahawa perebutan dan pemusuhan politik kerabat di raja Selangor itu tidak elok untuk pertumbuhan perusahaan bijih timah dan perniagaan di Selangor, yang menjadi pusat pelaburan saudagar Negeri Selat (jajahan takluk British dan pusat perdagangan bebas Singapura). Sultan Abdul Samad yang terlalu percaya kepada Tengku Kudin, menandatangani perjanjian untuk menerima seorang residen British.

Hanya Pahang sahaja yang begitu tegas mempertahankan kedudukannya. Sultan Ahmad bukan begitu mudah dipujuk oleh saudagar British, Baginda juga menaiki takhta dengan satu perebutan kuasa daripada saudaranya yang disokong oleh Johor, British dan saudagar-saudagar Singapura.

Baginda yang juga memerintah sebuah negeri yang pernah menjadi naungan Melaka, tidak disukai oleh British; bagaimanapun Pahang yang begitu luas dipercayai mempunyai banyak potensi ekonomi. Pahang juga berdepan dengan Laut Cina Selatan boleh mengundang kuasa lain untuk menyokongnya. Ini membimbangkan British; maka dengan menggunakan pembunuhan seoarang Cina rakyat Singapura yang terbunuh di Kuantan, British telah memulas tangan Sultan Ahmad untuk menanda-tangani perjanjian menerima seorang residen British.

Tentangan Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau, cukup hebat sebagai satu tindakan terakhir rakyat peribumi menentang penguasaan British. Pemerintahan tempatan yang bersatu boleh melambatkan penaklukan itu. Kesemua peristiwa ini memperlihatkan bagaimana masalah politik dalaman telah digunakan dengan begitu cekap dan penuh muslihat oleh pihak luar untuk menjajah atau menguasai negeri-negeri tersebut.

Tentunya sebagai rakyat, pemerintah dan pemimpin sebuah negara yang telah merdeka dan telah melalui perit getir hidup dan penghinaan di bawah penjajah barat, kita cukup matang dan bijak mengendalikan masalah dalaman kita. Kita harus meletakkan kepentingan negara dan rakyat terbanyak lebih utama daripada kepentingan peribadi kita sebagai seorang pemimpin. Kita harus merasa tersinggung dengan sebuah penghinaan ke atas negara dan bangsa dan diri kita, kerana itulah tanggungjawab kita sebagai seorang warga negara. Apakah kita harus membuka ‘pekong di dada’ atau ‘meludah ke langit’ dan ‘menepuk dulang di air’, semata-mata kerana kita bertengkar dan bergaduh sesama sendiri?

Haruskah cerita rumah tangga kita diceritakan kepada orang luar, yang hanya mentertawakan kita kerana kelemahan kita dan mengambil kesempatan daripada kebingungan kita sendiri?

Di manakah maruah dan janji kita sebagai seorang rakyat yang bersumpah taat setia kepada Malaysia?


KEMUNCULAN MAT KILAU DAN HAYATNYA

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.

Atas daya usaha anaknya, Omar bin Mat Kilau seperti didedahkan dalam akhbar Berita Harian sekitar 1970-an, maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid Pulau Tawar.

Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah menbaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemu-ramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970. Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.


Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lebih lanjut.


Sampailah masanya kerajaan memikirkan kembali akan perit-maung pejuang-pejuang negara dan memberi penghormatan tertinggi kepada pahlawan ini sama ada dalam bentuk kewangan kepada kaum kerabatnya atau darjah kebesaran kepada arwah Mat Kilau. Tidak salah rasanya kalau sultan Pahang memberi darjah kebesaran kepadanya dalam bentuk pangkat seperti Tan Seri walaupun beliau sudah lama mangkat demi mengenangkkan jasa perjuangannya membebaskan negara dari penjajah. Elok rasanya kalau kerajaan membangunkan tempat lahirnya pahlawan ini dan dijadikan tempat bersejarah seperti di Perak, di mana tempat Pahlawan maharaja Lela berjuang mempertahankan negeri itu dari penjajah.



Makam Mat Kilau

Kita boleh katakan bahawa perjuangan mereka adalah untuk kemerdekaan, dengan erti kata mempertahankan kebebasan, telah bermula di sekitar tahun 1511. Ketika itu, pembesar (Bendahara Paduka Raja) bersama rakyat Melaka berjuang menentang pencerobohan Portugis untuk menaklukinya. Dalam akhir abad ke-19 membawa kepada permulaan abad ke-20 pula, pembesar-pembesar Melayu seperti Maharaja Lela di Perak, Datuk Bahaman dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, dan Abdul Rahman Limbong di Terengganu telah memimpin pengikut-pengikut mereka menentang penjajah Inggeris yang cuba hendak bertapak di Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua perjuangan ini tewas...

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Wajah Tunku menurunkan Union Jack berbaur dengan lirikan Tun Razak. Dua tokoh yang banyak jasa kepada warganya. Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan Maharajalela. Wajah-wajah yang teguh pada akalnya. Kita kagum kepada mereka. Merekalah pejuang sebenar. Pahlawan yang tidak berani membelakangi rakyat. Merekalah pejuang reformasi sebenarnya. Merekalah yang berjuang untuk rakyat, bukan menggunakan rakyat untuk kekuatan peribadi. Merekalah yang membebaskan tanah air ini. Merekalah pejuang sejati dan layak digelar tokoh reformasi. Reformasi bukan bermakna rusuhan jalanan. Reformasi yang sebenarnya adalah menggerakkan minda rakyat untuk kedamaian sejagat.

Walaupun lumpuh semasa dijajah oleh kuasa-kuasa Barat dan adakalanya diserang dan ditakluk oleh bangsa jiran yang berbudaya dan beragama lain, Bangsa Melayu dapat mengekalkan identiti tamadunnya. Malangnya selepas kejatuhan Melaka, bangsa  elayu tidak lagi menjadi satu bangsa dengan wilayah tertentu. Seperti bangsa-bangsa Eropah dahulu, orang Melayu terbahagi kepada wilayah-wilayah kecil yang masing-masing diperintah oleh raja-raja...

Penyatuan sebagai satu bangsa tidak berlaku terutama kerana dasar “divide and rule” yang diamalkan oleh British. Identiti negeri-negeri diperkuatkan oleh British walaupun seluruh Semenanjung diletak di bawah kuasa mereka.

Akibatnya tidak ada usaha secara serentak dan bersama untuk menebus balik kebebasan bangsa Melayu. Jika ada pun penentangan terhadap penjajahan, ia berlaku secara kecil-kecilan dan berasingan dan ditumpas dengan mudahnya  leh penjajah. Demikian pemberontakan oleh Tok Gajah, Mat Kilau, Dato Sagor, Tok Janggut dan lain-lain. Tidak ada sokongan daripada orang Melayu kepada mereka. Penjajahan diteruskan dan orang Melayu kembali tenang dan bersedia untuk berada di bawah pemerintahan British.

Bibit-bibit nasionalisme bermula apabila calon-calon untuk latihan perguruan ditempatkan di Maktab Perguruan di Tanjung Malim. Buat kali pertama orang Melayu dari negeri-negeri yang berlainan mengenali diri mereka sebagai orang sebangsa dan seagama, yang menduduki negara yang sama. Dengan itu mereka merancang untuk menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Pendapat yang sama terdapat juga di wilayah etnik Melayu yang dijajah oleh Belanda, iaitu Gugusan Pulau-Pulau Melayu yang kemudian dikenali oleh nasionalis sebagai Indonesia.

Perpaduan Melayu di Semenanjung hanya berlaku apabila pihak British merancang untuk menidakkan hak Melayu di Semenanjung  engan menggabungkan negeri-negeri melayu dan Negeri Selat dalam satu persatuan yang dinamakan `Malayan Union’. Berhadapan dengankemungkinan hilangnya tanah Melayu dan dengan itu bangsa Melayu, kemungkinan orang Melayu menjadi satu kaum dan bukan satu bangsa, maka barulah tumbuh kesedaran yang menggerakkan orang Melayu untuk bersatupadu dan bertindak bersama menebus bangsa dan tamadun Melayu.

Hari ini bangsa Melayu hidup semula sebagai satu bangsa. Berkat perpaduan, mereka berjaya membebaskan diri dan mendapat peluang untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan menghidup semula budaya dan tamadun Melayu. Kebolehan orang Melayu tidak perlu dipersoal. Mereka memang boleh mendirikan tamadun Melayu moden yang sama seperti tamadun bangsa-bangsa maju di dunia.

Soalnya ialah apakah kita benar-benar ingin menebus kebesaran tamadun Melayu? Kita tidak perlu mengkhayalkan diri kita dengan cerita-cerita lama berkenaan keagungan Melaka atau Sri Wijaya atau lain- lain. Lebih-lebih lagi jangan kita tokok tambah kepada  ebenaran seperti yang sering dibuat oleh ahli sejarah bangsa-bangsa lain. Kita perlu pegang kepada kenyataan dan menjadikan segala kesalahan lama kita yang menyebabkan kita dijajah selama 450 tahun sebagai pengajaran. Ingatlah mereka yang lupa akan sejarah (yang sebenar) akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali. Jika tidak hendak dijajah sekali lagi, dan ini memang mungkin berlaku dengan rancangan globalisasi, maka janganlah kita ulangi kesalahan kita dalam sejarah. Tidak ada kuasa sakti, tidak ada Sang Sapurba Trimurti Tribuana, tidak ada Demang Lebar Daun dan tidak ada todak yang akan menyelamat kita, kita orang Melayu, kita orang Islam dengan agama dan tamadun kita.

Realiti hari ini ialah orang Melayu sebagai orang Islam sedang diserang dan ditindas bukan kerana kita bersalah tetapi kerana kita lemah. Dalam dunia “Mightis Right” kekuatan menghalalkan segala-galanya. Kita tidak boleh berharap kepada keadilan atau kepada belas kasihan orang. Tamadun Islam dan tamadun Melayu memang gemilang tetapi kegemilangan yang dahulu hanya mencerminkan ketidak gemilangnya zaman ini.



Pantun Melayu berbunyi:          
“Pulau Pinang negerinya baru     
Capitan Light menjadi Raja     
Bila terkenang zaman dahulu     
Duduk mengalir air mata”


Air mata kita tidak mengalir sekarang. Kita etnik Melayu sudah bebas. Tamadun kita sudah hidup semula. Tetapi memandang akan kecapaian etnik Melayu/Islam semasa, bukanlah sesuatu yang mustahil kita akan mengalir air mata sekali lagi, mengenang zaman ini.

Kita boleh berbangga umat Islam berjumlah 1.3 bilion dan etnik Melayu 300 juta tetapi jumlah yang besar tidak menjamin kebebasan ummah dan amadun. Orang Cina juga 1.3 bilion dan perpaduan serta kekuatan mereka berkali ganda lebih daripada umat Islam.

Kita boleh salahkan orang tetapi idak mungkin kita menyuruh mereka betulkan diri mereka supaya kita akan dapat manfaat daripadanya. Sebaliknya kita berkuasa ke atas diri kita. Jika pembetulan hendak dibuat untuk kebaikan kita, kita sendirilah yang perlu mengusahakannya.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



Berikut adalah antara amalan-amalan yang pernah beliau miliki:

Amalan 1:
Untuk Kebal (Aman dari Senjata Musuh)
Bismillah Lam Zat Kam sifat Lam Ghat rohku jaga-jaga Ya Hu Ujud Allah Ya Hu Rahimallah Ya Hu sifat Allah Ya Hu Ya Allah hai Jibril Israfil Izrail Mikail adangkan aku selitkan nyawa di dalam kandang Laila Hail LaAllah binasa Allah binasa aku tiada binasa Allah tiada binasa Aku menyelamatkan aku Allah Muhammad bersertaku dengan berkat Laila Hail LaAllah Ahlikum Nabaz si berkat besi sampai semua yang bernyawa tidak dapat menentang mataku aku berdiri di dalam kandang Laila Hail LaAllah dengan berkat guru-guruku Laila Hail LaAllah

Amalan 2:
Ilmu Limunan (Menghilangkan Diri dari Penglihatan Musuh)
Wa Atbaaka Palaka Kun suaraku Kairun rahsiaku hai alam akulah yang bernama Nakad yang tiada berlawan Satakun AH AH AH Sumun Bukmum Bania Bikum (3 kali) Ah lenyap aku di dalam zat Allah Ah hilang aku di dalam zat Allah Ah senang aku di dalam zat Allah Ah ghaib aku di dalam badan Zat Allah yang tiada bersifat AH AH AH HU

Amalan 3:
Untuk Kuat dan Gagah
Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Derhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad rasulullah
(Catatan : ibu jari pegang buah pinggang, urut ke depan tiga kali)

Amalan 4:
Pendinding Diri dan Meringankan Badan
Khursani menggantikan diriku
Khursani menggantikan nyawaku
Alung memaling badanku yang menjadikan Nabi Adam
Mustajab bagiku siang dan malam dengan berkat doa
Laila Hail LaAllah
...............................



Masjid berkenaan yang merakamkan detik sejarah penuh suka dan duka masih wujud hingga ke hari ini di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Usianya hampir 200 tahun. Terletak kira-kira 30 minit dari bandar Jerantut. Suasana kehidupan tradisional masyarakat Melayu yang bermastautin di pesisiran Sungai Pahang masih tebal. Malah degup sejarah serta nostalgia abad ke-18 dan 19 seolah-olah baru sahaja berlalu. Masjid lama itu terletak berdekatan tebing Sungai Pahang yang jernih airnya.

Kewujudan masjid lama di situ berkaitan sejarah kepahlawanan Melayu Tok Gajah, Mat Kilau, dan pengikutnya kerana di situlah tercetusnya kebangkitan semangat nasionalisme menentang penjajah Inggeris di Pahang. Namun begitu masjid lama itu lebih sinonim berperanan sebagai pusat pengembangan ilmu serta syiar Islam bermula dari kurun ke-18 hingga awal tahun 1970-an. Perkembangan institusi pengajian pondok di Pulau Tawar berhubung rapat dengan masjid lama itu. Di situlah markas tempat berkumpulnya tokoh ulama terkenal yang berasal dari Sumatera seperti Allahyarham-Allahyarham Imam Malim, Imam Ahmad, Imam Haji Abd Rahim, Imam Daud dan Imam Yahya. Masjid lama itu berperanan menyebarkan dakwah Islamiah. Malahan banyak pelajar dari seluruh Jerantut, Kelantan dan Terengganu datang belajar di situ pada kurun ke-18. Menurut keterangan orang-orang tua, tapak asal pembinaan masjid lama itu dilakukan oleh Imam Perang Rasu (Tok Gajah), Mat Kilau serta orang-orang Melayu Pulau Tawar pada awal tahun 1880-an. Masjid lama itu kemudiannya dibangunkan dengan wajah baru pada tahun 1923 tetap mengekalkan perspektif seni bina tradisional yang menggunakan kayu dan pelupuh dari hutan tempatan.




Dalam buku Sejarah Pahang ada menceritakan pembesar British, Hugh Clifford, pernah mendarat di tebing berdekatan masjid itu untuk mengadakan perundingan dengan Mat Kilau dan Tok Gajah serta penduduk Pulau Tawar supaya jangan mencampuri urusan pentadbiran Inggeris di Pahang. Setelah mengalami kerosakan teruk diancam banjir besar tahun berikutnya, masjid lama itu mengalami sekali lagi perubahan dengan binaan simen di bahagian bawah serta lantainya supaya kelihatan lebih teguh. Walaupun berhadapan dengan arus putaran masa, kubah dan mimbar masjid berkenaan masih lagi dalam bentuk binaan asal iaitu mempunyai ciri-ciri pengaruh seni bina Minangkabau. Yang lebih unik, sehingga ke hari ini, sebatang tongkat yang dibuat daripada kayu teras berusia hampir sama dengan pembinaan masjid asal masih tersimpan rapi dan digunakan oleh khatib sewaktu membaca khutbah. Sebuah beduk kayu yang juga berusia hampir dua abad hilang dari masjid berkenaan dipercayai dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab beberapa tahun lepas.

Di masjid lama Pulau Tawar itulah berlaku sejarah pengistiharan diri Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau pada 26 Disember 1969 setelah menghilangkan diri buat sekian lama. Sebelum mengisytiharkan dirinya pada hari Jumaat, Mat Kilau pernah beberapa kali singgah di masjid itu menyamar sebagai peniaga dan orang luar. Sehingga pertengahan tahun 1995 tinggallah masjid lama tersebut digigit sepi malah diselimuti dengan semak samun setelah penduduk di situ menggunakan masjid baru. Namun masjid lama itu sering didatangi oleh ahli sejarawan tempatan, siswa universiti, pelajar sekolah serta orang perseorangan untuk merakamkan sejarah dan melihat seni bina di luar dan dalamnya.
.....................................................

 
Mat Kilau dalam perjuangan Melayu

Mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa, negara serta agama adalah merupakan jihad pahlawan-pahlawan Melayu zaman silam. Mereka berjuang dengan gagah berani dan rela mati untuk memerdekakan negara kita dari cengkaman penjajah selama beratus-ratus tahun. Salah seorang pejuang ini ialah Mat Kilau. Pahlawan terbilang ini masih mempunyai zuriat keturunan pada hari ini. Kepada zuriat keturunan beliau, kami merakamkan rasa hormat dan kagum atas perjuangan dan jasa besar Mat Kilau dalam perjuangan Melayu menentang penjajah.

Kami memaparkan kisah beliau di sini untuk memberi kesedaran pada kita semua agar sentiasa waspada dan bersedia untuk menghadapi segala macam bentuk ancaman musuh. Nusantara telah dijajah selama beratus tahun dan kemudian dipecah dan dipisah-pisahkan menjadi beberapa negara yang berasingan dengan tujuan untuk melemahkan orang-orang Melayu. Mereka menyusun strategi untuk melemahkan Melayu kerana mereka dapat tahu (dari teks-teks silam) bahawa orang-orang Malai ini akan sekali lagi menjadi pemimpin atau peneraju dunia di akhir zaman.

Mereka jajah kita dan telah berjaya melaksanakan apa yang mereka harapkan. Kini, walaupun banyak negara yang terjajah ini sudah merdeka, rakyatnya masih berada dalam keadaan yang mundur dan minda mereka terus dijajah. Kami mahu kisah kepahlawanan Mat Kilau ini menjadi input yang dapat menyedarkan kita betapa perlunya kita sentiasa peka dan sentiasa bersedia untuk menangkis ancaman-ancaman yang datang dengan menggunakan berbagai bentuk kebijaksanaan atau hikmah.

Kami paparkan juga amalan-amalan Mat Kilau bagi memberi kesedaran kepada kita semua bahawa kita perlu kembali kepada ajaran Islam dan jangan leka dibuai oleh segala macam godaan yang sengaja disebarkan secara meluas oleh Barat agar kita terus lemah dan mengagungkan mereka.

Amalan Mat Kilau yang dicatat di atas itu termasuk dalam ‘ilmu perang’ orang-orang Melayu zaman dahulu. Ia dicatat untuk menambah pengetahuan saja. Sekiranya anda mahu menuntut ilmu kepahlawanan, carilah guru-guru yang berkelayakan. Di Nusantara ini terdapat semakin ramai pahlawan Melayu yang tinggi ilmunya, dan pada pendapat kami, ciri kepahlawanan ini akan terus wujud dan subur di kalangan bangsa Melayu, selagi Melayu bernama Melayu.

Bagi anak-anak muda Melayu, eloklah ambil tahu mengenai sejarah pahlawan Melayu. Sebagai salah satu contoh, Panglima Salleh (Kiyai Salleh) di Batu Pahat, Johor adalah merupakan seorang pahlawan Melayu yang tidak patut dilupakan begitu saja. Mudah-mudahan artikel ini dapat membangkitkan kesedaran kepada kita semua betapa pentingnya kita berada dalam keadaan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Tuntutlah ilmu pengetahuan di berbagai bidang (bukan ilmu kepahlawanan saja) untuk membolehkan bangsa Melayu sentiasa berada di depan dan disegani.

...................................................................




.