Tuesday, February 8, 2011

Champa

Champa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Campadesa
Chăm Pa
Chiêm Thành

192–1832
Wilayah Champa sekitar tahun 1100 SM, digambarkan dalam warna hijau, terletak di sepanjang pantai Vietnam. Ke utara (warna kuning) terletak Đại Việt; ke barat (warna biru), Angkor.
Ibu negara Indrapura
(875-978)

Vijaya
(978-1485)
Panduranga
(1485-1832)

Bahasa Cham, Sanskrit
Agama Kepercayaan Cham, Hinduisme dan Buddhisme, kemudian Islam
Kerajaan Keberajaan
Sejarah
 - Diasaskan 192
 - Panduranga diduduki oleh Nguyễn Vietnam. 1832
Kerajaan Champa (Chăm Pa dalam bahasa Vietnam atau Chiêm Thành dalam rekod Hán Việt) merupakan kerajaan yang mengawal selatan dan tengah Vietnam kiri antara antara abad ke-7 hingga 1832.
Kerajaan Champa ditadbir oleh 14 dinasti. Nama Champa telah wujud sejak 658M dalam satu prasasti Sanskrit yang dijumpai di selatan Vietnam Tengah sekarang. [1] . Mengikut sumber Sanskrit, Champa diterajui Bhadravarnom. Kerajaan Champa mendapat pengaruh China pada akhir kurun ke-13 dan pengaruh ini telah lenyap pada kurun ke-15. Kerajaan ini telah diasaskan oleh Chu Lien. Pelabuhan terkenalnya, Inderapura dan terdapat pegawai pemungut cukai dalam pentadbirannya. Kerajaan Champa dipengaruhi agama Hindu.
Rekod terawal tentang negara kaum yang didirikan oleh kaum Cham, terdapat dalam manuskrip-manuskrip China yang dicatat oleh dua orang wakil Maharaja Wu, bernama Kang Thai dan Zhu Ying, bertarikh pertengahan abad ke-3 Masihi. Rekod itu adalah keterangan tentang Kerajaan Funan dan dinyatakan bahawa 'Kerajaan Funan terletak lebih dari 3000 li3 ke barat Negara Lin Yi'.
Kerajaan ini yang di gelar oleh pengkaji sejarah sebagai Champa dikenali di kalangan orang China sebagai Lin Yi (yang Bermakna 'hutan yang penoh dengan keganasan'); dan L�m-Âp, Ho�n-Vúòng, dan Chi�m-Thánh oleh orang-orang Vietnam. Adalah dipercayai bahawa kerajaan ini wujud semenjak tahun 192M di bawah pemerintahan raja Hindu bernama Sri Mara. Pengkaji sejarah menganggap Lin Yi yang dikenali juga sebagai Indrapura atau Angadvipa, sebagai negara Champa yang terawal.

No comments:

Post a Comment