Tuesday, February 8, 2011

Kapal kontena

Emma Mærsk, kapal kontena terbesar di dunia
Kapal kontena ialah kapal dagang atau kapal kargo yang boleh dimuatkan dengan kontena, dalam teknik yang dikenali sebagai pengkontenaan. Kapal kontena ialah satu alat penting dalam pengangkutan antara mod.


[sunting] Sejarah

Kapal kontena terawal ialah kapal tangki yang diubahsuai, yang dibina dari lebihan kapal tangki T2 selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1951, kapal pertama khusus untuk kontena mula beroperasi di Denmark, dan antara Seattle dan Alaska.
Kapal khusus untuk kontena yang pertama di Amerika Syarikat ialah Ideal-X [1], sebuah kapal tangki T2, milik Malcom McLean, yang membawa 58 kontena besi antara Newark, New Jersey dan Houston,Texas dalam pelayaran pertamanya pada bulan April 1956.
Hari ini, lebih kurang 90% kargo bukan pukal di dunia diangkut menggunakan kontena, dan kapal kontena moden mampu membawa sehingga 15,000 TEU. Dari segi kelas, kapal kontena sekarang menyaingi kapal tangki minyak dan kapal kargo pukal sebagai kapal komersil terbesar di lautan.

[sunting] Pembinaan

Kapal kontena "Zrin" mempunyai kemampuan memunggah sendiri kargo
Kapal kontena "CMA CGM Balzac" di pelabuhan Zeebrugge, Belgium.
Kapa kontena direka bentuk dengan tujuan untuk memaksimumkan penggunaan ruang. Kapasitinya diukur dalam unit bersamaan dua puluh kaki (TEU), iaitu unit piawai kontena berdimensi 20 × 8.0 × 8.5 kaki (6.1 × 2.4 × 2.6 meter) (panjang × lebar × tinggi). Untuk kontena 40 kaki (12 meter), unit persamaan yang digunakan ialah 2 TEU atau 1 FEU (unit bersamaan empat puluh kaki). Kapal kontena yang besar tidak membawa alat-alat pengendalian kontena sendiri, jadi pemunggahan dan pemuatan cuma boleh dibuat di pelabuhan yang dilengkapi kren. Bagaimanapun, kapal yang lebih kecil sehingga 2900 TEU selalunya dilengkapi dengan krennya sendiri.
Sering digelar "bot kotak" (box boats), kapal kontena mengangkut majoriti kargo kering (dry cargo) atau barangan kilang di dunia. Kargo seperti besi, arang batu atau gandum diangkut oleh kapal kargo pukal. Terdapat banyak kapal-kapal besar yang melayari laluan perdagangan laut yang dimiliki oleh syarikat perkapalan utama, dan terdapat juga kapal-kapal yang dikenali sebagai "kapal penghantar" (feeder ship) yang lebih kecil digunakan untuk menghantar kontena kepada kapal-kapal besar melalui hab pemindahan di pelabuhan. Kebanyakan kapal kontena dikuasakan oleh enjin diesel dan mempunyai anak kapal antara 20 dan 40 orang. Ia biasanya mempunyai blok kediaman yang besar di bahagian belakang berhampiran bilik enjin. Pada masa kini, kapal kontena mampu membawa sehingga 15,000 TEU dalam satu pelayaran. Kapal kontena terbesar di dunia ialah M/V Emma Mærsk yang memiliki kapasiti 15,212 TEU.[2]
Pada tahun 2008, pembina kapal dari Korea Selatan, STX mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kapal kontena yang mampu membawa sehingga 22,000 TEU,[3] dengan dimensi cadangan, 450 meter panjang dan 60 meter lebar.[4] Jika siap dibina, kapal kontena ini akan menjadi kapal laut terbesar di dunia.[5]

No comments:

Post a Comment