Thursday, January 13, 2011

MAKAM TOKOH-TOKOH SEJARAH TERENGGANU


                                                          Makam Tok Gajah

Nama Tok Gajah yang sebenarnya Iman Rasu Bin Shahrum dan gelarannya ialah Orang Kaya Iman Indera Gajah Pahang. Beliau ialah salah seorang daripada pahlawan-pahlawan Pahang yang terlibat dalam pemberontakan di Negeri Pahang pada tahun 1893-1895. Semasa beliau berumur 56 tahun iaitu tahun 1901, beliau meninggal dunia di Kampung Pasir Nering. Makam beliau terletak kira-kira 8 km dari Bandar Kuala Berang.

                                                         Makam Syarif Muhammad Al-Baghdad

Makam tersebut terletak kira-kira 15 km dari Bandar Kuala Berang, di tebing sebelah kiri mudik ke Empangan Kenyir, berhadapan dengan Batu Belah. Beliau berasal dari Negeri Arab dan dipercayai pendakwah Islam yang awal di Daerah Hulu Terengganu. Beliau juga merupakan moyang kepada Tok Pulau manis (Syeikh Abdul Malek bin Abdullah).


                                                               Makam Rok Raja Ri

Makam ini terletak di Kuala Por kira-kira 2 km dari Bandar Kuala Berang. Beliau berkemungkinan orang yang mengisytiharkan perundangan di Batu Bersurat (Raja Mandalika). Pendapat lain pula menyatakan Tok Raja Ri seorang pendakwah dan pembesar Istana yang datang bersama pergisyhtiharan Batu Bersurat.

No comments:

Post a Comment