Di Malaysia, zaman Prasejarah dibahagikan kepada tiga iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Kewujudan Zaman Paleolitik di Malaysia telah disahkan melalui pentarikhan saintifik dengan penemuan alat batu di Kota Tampan Lenggong pada tahun 1987. Ini telah meletakkan Malaysia antara negara terawal yang melalui zaman Prasejarah di dunia. .
Selain itu, penemuan rangka manusia Zaman Paleolitik yang dikenali sebagai ‘Perak Man’ di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990 telah mencipta satu sejarah besar zaman Prasejarah dunia. Ini kerana rangka ‘Perak Man’ merupakan penemuan pertama rangka manusia zaman Paleolitik di dunia yang dikebumikan dengan kaki terlipat dan mengalami kecacatan fizikal asal sejak lahir.
Rangka manusia istimewa ini telah dikebumikan bersama-sama alat-alat batu dan 8 spesies haiwan dengan penuh istiadat zaman Paleolitik. Ini membuktikan kepada kita manusia istimewa ‘Perak Man’ ini merupakan orang yang berpengaruh dan mempunyai kedudukan yang tinggi di mata masyarakat pada masa itu.
PERAK MAN
CIRI-CIRI PENEMPATAN
Hidup berpindah randah
Biasanya tinggal di kawasan terbuka ( di luar gua dan di sekitar tasek)
Rangka Perak Man
KEGIATAN DAN PERALATAN
Memburu binatang liar
Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun
mengamalkan cara hidup sara diri
Menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian
Tinggal dalam gua
KEPERCAYAAN
1.Animisme
2.Mengamalkan acara perkuburan
Ilustrasi Perak Man
Kulit siput antara bukti menunjukkan adanya penempatan manusia di Gua Runtuh, Lenggong, Perak
Peralatan Perak Man
No comments:
Post a Comment