Syarikat Hindia Timur Inggeris (Inggeris: British East India Company), kadang-kala dikenali dengan nama "John Company" adalah sebuah syarikat perdagangan yang telah dianugerahkan piagam diraja oleh Ratu Elizabeth I pada 31 December 1600. Syarikat ini, dengan panggilan Honourable East India Company, diberi kemudahan untuk menguasai perdagangan di Hindia Timur. Syarikat ini berubah dari syarikat perdagangan kepada sebuah badan yang memerintah India apabila ia mula mempunyai kuasa tentera dan kerajaan tempatan. Syarikat ini ditutup pada 1858. Syarikat Hindia Timur Inggeris ditubuhkan di England pada tahun 1600.Kerajaan British telah memberi kuasa kepada SHTI untuk menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan
Laurie (1842) |
Semasa Revolusi Amerika, bendera syarikat menyerupai bendara Grand Union. Bendara Amerika Syarikat mungkin berasal daripada bendara syarikat ini. Sir Charles Fawcett telah mencadangkan kemungkinan itu pada tahun 1937.[1]
Perbandingan di antara bintang dan jalur dengan bendara syarikat dari rekod sejarah memberikan bukti-bukit yang kukuh. Bendera syarikat yang diberi nama bendera Syarikat John mula digunapakai pada 1600-an. Amerika Syarikat pula hanya mula mengibarkan Bintang dan Jalur pada tahun 1777.
No comments:
Post a Comment