Tuesday, February 8, 2011

SEJARAH BESTARI SMK DATO' DOL SAID

Sejarah Bestari


Logo Sekolah Bestari

Pada tahun 1998, SMK Dato’ Dol Said dipilih sebagai salah sebuah Sekolah Bestari (Tahap B) di bawah Projek Rintis Sekolah Bestari, satu projek usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia (yang diwakili oleh Bahagian Teknologi Pendidikan BTP) dengan Telekom Smart School Sdn. Bhd. Sekolah Bestari adalah satu daripada tujuh aplikasi “flagship” dalam Koridor Raya          Pelbagai Media (Multimedia Super Corridor atau MSC). Sekolah Bestari di Malaysia menampilkan ciri-ciri yang membezakannya daripada sekolah-sekolah sedia ada dari tiga segi:
  1. Sekolah Bestari dihubungkan melalui jaringan tempatan (Local Area Network atau LAN) untuk berkongsi maklumat melalui telekonferencing, pangkalan data dan mel elektronik.
  2. Sekolah Bestari dihubungkan melalui jaringan kawasan luas (Wide Area Network atau WAN) ke sekolah lain dan juga organisasi daerah, negara dan dunia.
  3. Sekolah Bestari dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi.

Walaupun projek ini telah bermula dengan pemasangan infrastruktur teknologi di sekolah-sekolah pada Ogos 1999, SMK Dato’ Dol Said telah mula menyediakan peralatan dan   sistem IT di sekolah sebelum itu. Pada tahun 1998, di bawah kepimpinan  pengetua sekolah pada masa itu (iaitu Tuan Haji Wahit bin Kadam)  dan PIBG telah mendirikan dua buah makmal lagi, setiap satu lengkap dengan 10 komputer yang berpasangan LAN. Makmal komputer Reka Cipta yang di taja oleh  Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada tahun 1995 jua telah menyediakan sekolah ke arah mewujudkan satu prasarana elektronik sesuai dengan keperluan aliran maklumat pantas dan akses serta input sumber pengajaran dan pembelajaran dalaman dan luaran secara global.

Infrastruktur IT di sekolah ini lebih kekal dengan pembinaan satu rangkaian komputer (LAN atau Local Area Network) yang merangkumi sebuah lagi makmal komputer Bestari (21 komputer),  Perpustakaan Digital (10 komputer), pejabat (3 komputer) dan bilik guru (3 komputer), 4 printer Laser, 1 kamera digital, 1 scanner, 1 cd-writer, 1 printer bar-code,  2 notebook dan 2 projektor LCD. Guru-guru, staf sokongan dan murid-murid sekolah berpeluang menggunakan computer dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran. Talian internet (lease line, yang telah  ditukar kepada talian Schoolnet pada tahun 2004) yang dibekalkan ke sekolah boleh diakses sepanjang masa oleh guru-guru untuk mengayakan pengajaran dan pembelajaran mereka.     Perisian-perisian Bestari hantaran TSSB (Telekom Smart School Sdn. Bhd) dalam empat mata pelajaran asas (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik) menolong asas      pembelajaran berkomputer bagi murid-murid semua tingkatan. Murid-murid sekolah juga          berpeluang menggunakan peralatan-peralatan seperti scanner, kamera digital, printer laser dan       cd-writer dalam pembelajaran dan persediaan hasil projek masing-masing. Atas usaha BTP, dua jawatan baru telah diwujudkan khas untuk Sekolah Bestari: iaitu Guru Penyelaras Bestari dan   Juruteknik Bestari. Antara tugas-tugas mereka termasuk  memastikan kesemua kemudahan    Infrastruktur Teknologi berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan dan  merancang, mengurus, menyelia dan melaksanakan penggunaan kemudahan Infrastruktur

 untuk menjalankan aktiviti-aktiiviti Sekolah Bestari seperti  penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management System atau SSMS) untuk pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran. Antara bahagian-bahagian perisian SSMS ialah  Bahagian Governan Sekolah, Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan Sumber Luaran,      Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Pendidikan, Pengurusan Teknologi dan Pengurusan Kemudahan Sekolah. Guru-guru yang terpilih (Guru-guru Sumber Mata pelajaran) diberi latihan dalam setiap pengeluaran pakej perisian Sistem Bestari SSMS di samping latihan pengurusan kepada pentadbir dan Penyelaras Bestari, serta latihan penggunaan perisian 4 mata   pelajaran Bestari khas (iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik). Guru-guru Sumber Mata pelajaran ini ditugaskan mengembankan pengetahuan ini kepada semua guru-guru mata pelajaran di sekolah selepas setiap kali latihan tersebut.

Pelajar diberi peluang mengakses maklumat dengan cekap dan selektif. Selain itu strategi belajar secara berkolaborasi dan berbincang dalam kumpulan sangat diberi penekanan. Pelajar belajar secara individu atau dalam kumpulan di stesen komputer atau makmal komputer sangat digalakkan. Mereka boleh memilih menyambung perisian yang berkaitan dengan tajuk yang   meliputi semua aspek. Pelajar juga boleh membuat kerja secara perseorangan atau       berpasangan.  Mereka juga boleh mengkaji aspek-aspek tertentu atau aspek yang mengayakan pengetahuan tentang tajuk mata  pelajaran melalui penggunaan internet bagi portfolio masing-masing.

Pelajar Bestari mempunyai ciri-ciri berikut:

  
  1. Belajar kendiri (self access and self-directed) – mencapai maklumat yang dikehendaki dan mengaitkan maklumat-maklumat itu untuk memahami sesuatu tajuk pembelajaran:
  2. Menilai kendiri (self assessed) – memastikan kelemahan sendiri dan berusaha mengatasi kelemahan itu.
  3. Belajar berkadar kendiri (self paced) – menentukan kadar pembelajaran sendiri. Sistem Bestari perlu memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang lemah atau cerdik memajukan diri tanpa  batasan.

Pada tahun 2006, SMK Dato’ Dol Said telah dibekalkan dua lagi makmal komputer Mimos untuk meluaskan lagi penglibatan sekolah dalam penyediaan pelajar untuk dunia IT melalui perkembangan mata pelajaran seperti Teknologi Maklumat dan EST (English in Science and Technology). Kini, SMK Dato’ Dol Said, di bawah pimpinan pengetuanya Puan Dr Hjh. Rosnanaini binti Sulaiman, telah mengembangkan infrastruktur teknologi dengan penambahan 28 buah komputer selain daripada 37 komputer bekalan TSSB dan 60 buah komputer yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kearah mencapai visi dan misinya sebagai    sebuah sekolah bermultimedia yang sentiasa menguji, memperolehi dan melaksanakan kaedah-kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran selaras dengan wawasan 2020.

No comments:

Post a Comment