Tuesday, February 8, 2011

Machang (bahasa Arab: ماجغ, bahasa Thai, มาจัง) merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan Darul Naim yang terletak di tengah negeri Cik Siti Wan Kembang. Machang mempunyai lebih kurang 97,524 orang penduduk (tahun 2000). Machang juga merupakan nama sejenis pokok buah.
Di bahagian utara jajahan Machang terdapat jajahan Kota Bharu, di timurnya Jajahan Pasir Puteh dan bersempadan dengan Negeri Terengganu, di barat ialah Jajahan Tanah Merah manakala di selatan ialah Jajahan Kuala Krai.
Antara tarikan sejarah di sini ialah Menara Masjid Pulai Condong. Salah satu kampus cawangan Universiti Teknologi MARA juga bertempat di Machang.

 

 

Tempat Menarik

 

Antara tempat manarik di Daerah Machang yang sering dikunjungi oleh orang ramai ialah kolam air panas yang terletak di Kampung Rengas Tok Bok, Jeram Linang dan Taman Rekreasi Bukit Bakar Sekolah

Sekolah Menengah
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Machang
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 1
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Intan
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Meleret
  8. Sekolah Menengah Sains Machang
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang
Sekolah Rendah
  1. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Hwa
  2. Sekolah Kebangsaan Dewan Besar
  3. Sekolah Kebangsaan Labok
  4. Sekolah Kebangsaan Tok Bok
  5. Sekolah Kebangsaan Machang 1
  6. Sekolah Kebangsaan Machang 2
  7. Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong
  8. Sekolah Kebangsaan Pangkal Gong
  9. Sekolah Kebangsaan Kampung Pek
  10. Sekolah Kebangsaan Temangan
  11. Sekolah Kebangsaan Ayer Merah
  12. Sekolah Kebangsaan Hamzah 1
  13. Sekolah Kebangsaan Hamzah 2
  14. Sekolah Kebangsaan Bukit Tiu
  15. Sekolah Kebangsaan Belukar
  16. Sekolah Kebangsaan Bandar

No comments:

Post a Comment