Tuesday, February 8, 2011

Alor Gajah

Alor Gajah

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Flag of Malacca.svg

Daerah
Melaka
Alor Gajah
الور ڬاجه
Pejabat daerah Alor Gajah
Pegawai daerah Haji Hassim bin Ismail
Kawasan
 - Jumlah 660 km²
Populasi
 - Anggaran 2001 141,850
 - Kepadatan 214.9/km²
* BN=Barisan Nasional
1 Majlis Perbandaran Alor Gajah
Alor Gajah merupakan salah satu daerah di Melaka, 24 km dari Bandar Melaka.

Isi kandungan

[sorok]

[sunting] Sejarah

Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah.
Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah.
Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu seorang pegawai British telah ditempatkan di Alor Gajah bagi mengutip hasil. Sesuai dengan peranan dan tanggungjawab tersebut, Pejabat Daerah telah ditubuhkan agar perlaksanaan tugas dapat dijalankan dengan sempurna. Pernah mempunyai landasan kereta api dari Pulau Sebang terus ke Bandaraya Melaka (melalui Alor Gajah) tetapi telah ditutup semasa pendudukan Jepun 1942.Stesen Kereta Api Pulau Sebang yang dibuka pada tahun 1905 masih lagi beroperasi pada masa kini yang lebih dikenali dengan nama stesen Kereta Api Tampin/Pulau Sebang.Pihak KTMB sedang merancang untuk membina semula laluan kereta api hingga ke Bandaraya Melaka dari Pulau Sebang. Jika diluluskan projek itu dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Daerah Alor Gajah juga turut terlibat Projek Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik yang sedang giat dilaksanakan sekarang antara Seremban ke Gemas. Lokasi stesen KTMB Pulau Sebang sekarang akan dipindahkan beberapa meter ke arah selatan dari stesen sedia ada. Apabila stesen KTMB Pulau Sebang siap pada tahun 2012 turut dilengkapi dengan Perhentian Bas dan Teksi Pulau Sebang. Hal ini kelak menjadikan Pulau Sebang mempunyai sistem pengangkutan yang bersepadu yang melibatkan kereta api bas dan teksi. Secara tidak langsung Projek Sebang Sentral yang pernah diuar-uarkan menjadi kenyataan. Potensi Bandar Pulau Sebang akan bertambah maju.Limpahan pembangunan bukan sahaja akan berlaku di Bandar Alor Gajah tetapi turut dirasai dengan lain-lain kawasan yang berhampiran. Kerajaan Negeri Melaka mahukan Stesen KTMB Pulau Sebang kelak tidak lagi dibayangi dengan Tampin sebaliknya Stesen KTMB ini merupakan stesen yang terletak di daerah Alor Gajah, Melaka.
Sehingga kini Daerah Alor Gajah telah mempunyai 25 orang Pegawai Daerah sejak tahun 1938.
Pengangkutan Alor Gajah boleh dihubungi melalui Lebuh Raya Utara-Selatan. Plaza Tol Simpang Ampat kira-kira 5 kilometer dari Bandar Gajah.Alor Gajah merupakan satu-satunya bagi Negeri Melaka yang mempunyai stesen kereta api. Stesen Kereta Api Pulau Sebang terletak kira-kira 8 kilometer arah ke Tampin.Satu lagi stesen KTMB daerah Alor Gajah terletak di Tebong. Walau bagaimanapun tren antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Namun demikian kerja-kerja naiktaraf juga dilakukan kerana laluan landasan berkembar elektrik turut melalui stesen ini.

[sunting] Penduduk

[sunting] Mengikut tahun:

  • 1980 : 113,083 orang
  • 1991 : 116,653 orang
  • 2000 : 132,317 orang

[sunting] Mengikut jantina:

  • Lelaki : 65,074
  • Perempuan : 67,243

[sunting] Mengikut kaum:

[sunting] Mukim-mukim Alor Gajah

Alor Gajah mempunyai keluasan 67,440 hektar. Keluasan mukim-mukim dalam daerah ini adalah seperti berikut:
No. Mukim-mukim Keluasan (hektar)
1. Lendu 2,717
2. Masjid Tanah 1,956
3. Ramuan Cina Kecil 1,329
4. Sungai Baru Tengah 2,181
5. Kuala Sungai Baru 1,109
6. Sungai Baru Ilir 3,914
7. Berisu 2,067
8. Tanjung Rimau 521
9. Padang Sebang 834
10. Belimbing 366
11. Parit Melana 632
12. Pegoh 1,829
13. Kelemak 1,793
14. Taboh Naning 3,184
15. Melekek 1,122
16. Rembia 1,661
17. Pulau Sebang 705
18. Tebong 3,414
19. Kemmunig 2,552
20. Gadek 1,485
21. Machap 7,612
22. Melaka Pindah 2,432
23. Durian Tunggal 5,180
24. Sungai Petai 1,780
25. Sungai Baru Ulu 3,569
26. Beringin 384
27. Ayer Paabas 2,961
28. Sungai Siput 1,953
29. Ramuan China Besar 1,938
30. Sungai Buloh 816
31. Kuala Linggi 2,444
Jumlah 67,440

[sunting] Bandar-bandar dalam daerah Alor Gajah

  1. Alor Gajah
  2. Masjid Tanah
  3. Pulau Sebang

[sunting] Pekan-pekan kecil dalam daerah Alor Gajah

  1. Simpang Empat
  2. Ramuan Cina Besar
  3. Kuala Sungai Baru
  4. Lubok Cina
  5. Durian Tunggal
  6. Simpang Gading, Durian Tunggal
  7. Melaka Pindah

[sunting] Rujukan

  • De Witt, Dennis (2010). Melaka from the Top, Malaysia: Nutmeg Publishing. ISBN 9789834351922.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

No comments:

Post a Comment